STATUS UPDATED
oh I wish YOU were here :"(
DEEJA's: CARA PEGANG KAMERA DSLR

CARA PEGANG KAMERA DSLR

Memandangkan sekarang ni ramai dah yang nak mula berjinak dengan kamera besar @ DSLR,
dengan full name nya digital single-lens reflex camera, maka dengan itu, sukacita lah Deeja nak share 
tips-tips ni. (Sebab Deeja pun ingat nak beli satu..Hehehe..)


Pada yang belum pandai tu, bukan tak pandai ya, BELUM PANDAI.. Ade contrast di situ.
Oleh itu, jangan malu, jangan segan, jangan pegang pegang, duduk renggang renggang,
meh lai lai kita bace same same.


Kang nanti dah beli DSLR mahal-mahal, dorh! Saloh pegang kat tompat awam ~_~"
Syiot malu.......  Patot la amek gambar itam je.. Ye dok? HAHA. Ingat kamera tu rosak ke hape.


Adakah cara memegang kamera itu penting?


Okay, sebenarnya mengetahui cara memegang kamera dengan betul adalah salah satu ‘basic photografi’ yang perlu kita tahu. Mengetahui cara memegang kamera dengan betul dapat membantu kita menangkap gambar dengan posisi kukuh dan tidak gegar.


Selain itu, ia juga membantu kita mengelakkan dari cepat letih jika menangkap gambar dengan menggunakan kamera DSLR yang lens nya besar dan panjang.


JOM MULA, ambik DSLR, and practice! 



BASIC

Ok, atas ni adalah cara pegang DSLR secara basic. 
Dimana kita gunakan tangan kiri untuk pegang kamera pada bahagian lens dia, dan tangan kanan kita gunakan untuk control setting DSLR seperti untuk tekan butang shutter release dan sebagainya. Lepas itu, kedua-dua siku kita rapatkan dengan badan untuk memperkukuhkan kedudukan DSLR seperti gambar diatas. Pastikan pegang dengan selesa dan rasa titik graviti pada DSLR untuk seimbangkan berat DSLR ketika memegang.


CARA LAIN

Kita boleh juga pegang DSLR dengan cara pada gambar diatas ini. Tapi untuk sesekali bolehlah. Kalau kita dah penat tangkap gambar dengan memegang kamera dengan cara basic, bolehlah cuba dengan cara kedua nih. Bila kita letak DSLR pada bahagian tangan yang dekat dengan bahu begini, kedudukan DSLR akan lebih kukuh dan peratusan untuk tergegar waktu tangkap gambar akan kurang. Tapi mungkin lambat sikitlah nak tukar setting dan cara begini mungkin sesuai untuk ambil gambar lanscape atau gambar yang menggunakan shutter speed yang rendah.

CARA PEGANG DSLR YANG SALAH!


Elakkan memegang DSLR dengan cara seperti gambar di atas. Memegang kamera dengan sebelah tangan tidak akan memperkukuhkan kedudukan kamera dan peratusan untuk menangkap gambar yang sharp adalah rendah. Pastikan juga tali kamera kita sangkutkan dileher atau lilitkan sedikit pada bahagian tangan kita. Jika DSLR kita terlepas jatuh, apa akan jadi? Memegang kamera dengan meletakkan kedua-dua belah tangan pada badan kamera, juga tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi elakkan dari pegang dengan cara begini.


Ini juga cara yang salah ketika memegang DSLR. Jadi pastikan tangan kita tidak ‘mengepak’ waktu nak tangkap gambar. Jangan lupa, rapatkan siku pada badan kita. Elakkan juga memegang kamera dengan meletakkan tangan kiri diatas lens DSLR. Ianya bukan saja menambahkan berat kamera tetapi ianya tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi pastikan pegang DSLR dengan meletakkan tangan kiri dibawah lens DSLR.

Cara Pegang DSLR Secara Menegak

Ada orang kata, bila kita shut gambar dengan menggunakan DSLR, kita tidak digalakkan menangkap gambar dengan cara menegakkan kamera kita. Sebab nampak tak profesional katanya. Yang ni, I have no idea lah.. Sendiri pikir ya. Tapi apa yang pasti, tidak menjadi salah pun kalau kita nak ambil gambar dengan cara menegakkan DSLR kita. Ok, cer tengok cara dibawah.


Cara yang sebelah kiri ini adalah kedudukan yang baik untuk pegang DSLR secara menegak. Tangan kanan digunakan untuk support berat kamera sambil menjaga setting. Manakala tangan kiri diletakkan dibawah lens untuk memperkukuhkan lagi kedudukan DSLR. Jadi, masalah gambar bergegar tidak akan berlaku. Kalau lihat cara pegang DSLR yang salah tu, kita boleh lihat kedudukan tangan kanan yang tidak stabil disitu…

Kedudukan Kaki


Untuk menstabilkan badan waktu mengambil gambar, pastikan kaki kiri dilangkahkan sedikit kehadapan dari kaki kanan. Jadi tak der lah rasa nak tumbang waktu tangkap gambar. Jangan rapatkan kaki dan berdiri tegak seperti gambar pada sebelah kanan diatas. Sebab kedudukan badan tidak akan stabil jika kita berdiri seperti itu.

Cara Pegang DSLR Waktu Tangkap Gambar View Rendah


Ok, diatas ini ada 3 contoh cara untuk pegang DSLR ketika hendak tangkap gambar pada kedudukan rendah. Cuba lihat kedudukan siku pada contoh gambar diatas. Siku sentiasa ditongkatkan pada kaki untuk menambah kestabilan kedudukan DSLR.


Cara yang salah, kalau lihat gambar pada sebelah kanan ini, siku tidak ditongkat pada kaki. Jadi kedudukan kamera tidak akan stabil.

Gunakan Sebarang Benda Yang Dekat Dengan Kita Untuk Support Badan




Cara Pegang DSLR Ketika Meniarap

Nak pegang DSLR ketika baring/meniarap pun ada cara jugak. Yang penting, kedudukan kamera mesti kukuh.


Seperti biasa, gunakan siku untuk support kamera dengan menongkat siku pada lantai atau tanah. Jangan buat seperti gambar yang salah diatas. Dimana dia tidak menggunakan siku, tetapi menggunakan badan untuk support kamera. Kita akan cepat rasa penat jika berbuat demikian dan DSLR yang kita pegang tidak akan stabil waktu menangkap gambar.

Akhir kata, di sini ada satu tips iaitu, ketika hendak tangkap gambar, elakkan dari bernafas. Secara logiknya, apabila kita bernafas badan kita akan bergerak. Jadi cara terbaik, tarik nafas sebelum tekan butang shutter release, tahan nafas ketika tekan butang shutter release dan hembus nafas selepas tangkap gambar.

Sekian. ^^




















Thanks for reading ;)

3 comments:

||aLeaSaRa|| said...

hye sis comel!owh baguslah info ni mmg tgh berangan pun nak beli dslr...jadi blogger lagi best kalau ada dslr,mesti sempoi nak buat entri

Deeja|Ayam Dageng said...

haha, yup3, blh ambek gmbr gempak2 ;DD klaula dpt...perggghhhhh

Deeja|Ayam Dageng said...

welcome ;)thanks for reading