STATUS UPDATED
oh I wish YOU were here :"(
DEEJA's: PERSOALAN COUPLE. PAYAH SANGAT KE NAK SETIA?

PERSOALAN COUPLE. PAYAH SANGAT KE NAK SETIA?



ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Kenapa eh dee nak berentry malam ni ? Buang tabiat ? Mengigau ? -,- Tadi tengok cerita THE LITTLE MAN kat AXN, ehh takde kena mengena pon tajuk entry ni ngan Calvin Sims ??? Kenapa tiba tiba nak cakap pasal setia?? Mr. H curang ke??

-eh no lah.. >,<

Ceritanya,  tadi dee ade borak borak dengan kawan and berbahas pasal the name of tiger ; FAITHFUL
So dee tiba tiba teringin nak create entry pasal faithful ni.

Furthermore, tahun ni dee nampak ramai kawan-kawan dee dah ade girlfriend, boyfriend. And ex-ex dee pon da -lama- jumpe pengganti dee. (Macam dee jugak, hehe) They all got partners, but the issue is ; why they frequently asked me that they used to stick with their partners, but why they can't even they've tried? Yang dah try tu takpela, walaupun tak berjaya nak setia. but at least THEY'VE TRIED. Macam mana dengan yang langsung tak mencuba untuk faithful 
 ❤ #1 : My ex's problem, before this dia dah setia sangat dengan every partner. First love, second love, tapi datang third love (kalau tak silap la) dia dah mula main-main curang ada hubungan dengan perempuan lain walaupun still couple dengan GF dia tu. Alkisah nya, third love tu unfaithful dengan dia walaupun they both were a serious couple. Dia rasa dah dibodohkan dengan GF sendiri. The saddest part is when He said that every night he's all alone listening to sad songs but at the other place, he's GF itchiing (menggatal) dengan orang lain ! 2012, he got a new GF. GF tu setia dengan dia (setakat ni). In my view, perempuan tu memang serious and betol betol jaga BF dia ni. My ex sekarang dalam dilema, sebab dia dah serious and bagi harapan dekat perempuan ni, dia taknak kecewakan GF dia and dah cuba seboleh mungkin untuk setia dengan dia. Tapi tak boleh. Alasannya dia masih dihantui nightmare dengan ex yang lepas. Dia takot, bila dia dah setia nanti, GF dia akan tiba tiba buat hal. Dia mintak nasihat dee, apa yang dee bagitau dia ; "Saya tau awak serius dengan dia, dari cara awak cerita ni pun saya dah boleh agak. Lagipun saya kenal awak, bila awak dah sayang, awak memang akan serius dengan orang tu. Tapi satu je masalah awak, awak tetap jugak pandang orang lain walaupun dah ada GF. Awak tetap jugak jalinkan hubungan (main main) dengan orang lain. Firasat perempuan dia boleh tau sama ada seseorang lelaki tu serius atau tak dengan dia. Tapi bila awak mula buat perangai, perempuan ni akan jadi terkeliru. And lagi teruk, kepercayaan dia kat awak yang mulanya 100% sikit demi sikit akan berkurang. And lama lama, tanpa awak sedari, perangai awak tu dah buat hati perempuan hancur. Apa yang awak boleh buat masa tu just tanya dia, "apa saya dah buat? apa salah saya?" Dah terlambat. Nasihat saya, walau macam mana pun, walau pun susah, cubalah untuk setia dengan dia. Yang paling penting, biar GF tu nampak yang awak betul betul dah berubah and taknak dah pandang perempuan2 lain. Everybody deserves a SECOND chance. So, bila awak diberi peluang, guna lah peluang tu baik baik sebelum peluang tu tinggalkan awak dengan keadaan awak masih tercari cari mana salah awak."

❤ #2 : Issue number 2. Ramai kawan dee, tak kira lelaki ke perempuan. Bangga sangat and nak je show-off GF or BF diorang. Nak satu dunia tau yang lelaki or perempuan ni dah couple dengan diorang. (mentang mentang la partner ni cantik and handsome kan) Tak pe la, dee tak kata benda tu salah. Tak salah pun. Dee pon suke show off Mr. H. Hehe. Tapi dee pelik and confuse sangat bila lelaki or perempuan yang dah ade BF GF ni sibuk sibuk menggedik dengan orang lain. Bukan curang. Tapi kinda menggedik and menggatal. Fikir rasional lah kan, kalau kau tu dah show off satu dunia yang kau dah ada partner, buat apa nak menggedik dengan orang lain lagi ? Tak malu ke ? Ramai orang sekeliling dee yang macam ni, and bila dee tengok or terserempak dengan  pasangan couple (yang macam ni) tengah coupling, serious dee rasa loya loya and nak termuntah. Kawan dee gelak bila dee kata yang dee allergic dengan orang macam ni. Seriously, what the animal lah ! Depan BF or GF pijak semut pun tak mati. Tapi bila GF tu alih pandangan sikit je, mula la mata tu melilau lilau pandang2 peewit2 perempuan lain. Kalau diorang ni couple yang tak serius, nak main main, maybe dee faham. Tapi hakikatnya tak macam tu. Payah ke nak disiplinkan diri untuk tak tengok orang lain demi menjaga hati sendiri? Sebab hati manusia ni macam air laut, ada pasang surut, senang nak berubah. Bila asyik pandang je orang lain, takut hati tu terpeleot je. Kenapa nak ambik risiko kan? Bila dah jatuh cinta dekat seseorang, berusahalah untuk pertahankan cinta tu. Takdir ALLAH, bila dia nak pergi, dia akan pergi sendiri. Tapi tolong jangan buat cinta tu pergi sebab kita.

❤ #3 : Sesetengah lelaki or perempuan suka menggunakan alasan, "ala dia yang mula dulu" , "ala peluk je bukan apa pun" "ala rapat rapat sikit je takkan tu pun nak jealous" "ala kitorang kawan je, my love just for you" "ala takkan smpai macam tu sekali tak percayakan saya, kitorang bukan ada apa apa"
Contohnya, bila seseoRang perempuan tu menggatal dengan lelaki lain, dia akan kata, "ala mamat tu yang usha saya dulu. takkan saya tak boleh nak layan dia sikit. takkan nak biar macam tu je. nanti dia kata saya sombong." Perempuan macam ni perempuan murah and kalau lelaki, lelaki DAYUS. Kalau benda ni pun masih tak boleh nak fikir, baik tak payah couple la eh. Kalau nak kawan buat lah cara berkawan , berpada pada, biar kena dengan tempat lah. Kalau rasa diri tu masih tak mampu nak tahan godaan, baik jangan ambil risiko menyakitkan hati orang lain dengan ajak dia couple.

APA YANG PENTING, UTAMAKAN YANG TERPENTING SEBELUM MEMENTINGKAN SESUATU YANG TAK PENTING.

❤Notakaki: Entry ni belum habis lagi. esok dee nak perkemaskan lagi issue ke 3 and go on dengan issue ke 4 . hee . na-nite ! sweet loving ! (sorry kalau byk typo, tak sempat nak check spelling>,<) 







Thanks for reading ;)

No comments: