Sumber gambar :
http://www.usatoday.com/story/tech/sciencefair/2013/04/12/arctic-summer-ice/2077579/
Petikan akhbar dan beberapa keping gambar di atas jelas menunjukkan bahawa benua Antartika sekarang berada dalam kondisi paling membimbangkan. Oleh itu, pelbagai usaha haruslah diambil demi mengurangkan pencairan ais di Antartika yang dapat memberikan impak buruk kepada bumi dan hidupan di atasnya. Pencairan ais di Antartika mampu menenggelamkan seluruh dunia walaupun peratus pencairan ais di Benua Artik lebih tinggi. Sebelum nasi menjadi bubur, bangkitlah untuk segera mencari jalan bagi mengurangkan punca-punca berlakunya pencairan ais di Kutub Selatan seperti pemanasan global dan penggunaan gas CFC.Antartika cair 10 kali ganda
Oleh : AFPTarikh Disiarkan : 18-Apr-2013
SYDNEY, Rabu — Satu kajian bersama Australia- British menunjukkan
bahawa ais pada musim panas di Antartika mencair 10 kali ganda lebih
cepat berbanding keadaannya 600 tahun lampau, dengan pencairan
yang paling cepat berlaku dalam tempoh 50 tahun. Pasukan
penyelidik dari Australian National University dan British Antarctic
Survey telah menggerudi ais sepanjang 364 meter (1,194 kaki) dari
James Ross Island di utara benua untuk mengukur suhu yang lalu di
kawasan itu. Lapisan yang dapat dilihat dalam ais menunjukkan
tempoh bila salji musim panas yang melitupi bahagian atas ais mencair
dan kemudian dibekukan semula.
Dengan mengukur ketebalan lapisan yang mencair ini, saintis
dapat membuat kajian tentang bagaimana sejarah pencaiaran
dibandingkan dengan perubahan suhu pada teras air sepanjang tempoh
1,000 tahun. "Kami mendapati keadaan paling sejuk di semenanjung
Antartika dan jumlah musim panas yang paling rendah mencair berlaku
sekitar 600 tahun lalu," kata ketua pengarang Nerilie Abram dari
ANU Research School of Earth Sciences. "Pada masa itu, suhu adalah
sekitar 1.6 darjah Celsius lebih rendah berbanding suhu yang direkodkan
pada pada lewat abad ke-20 dan jumlah salji tahunan yang mencair dan
membeku semula adalah kira-kira 0.5 peratus.
"Hari ini, kita lihat hampir 10 kali ganda daripada salji tahunan mencair
setiap tahun. "Walaupun suhu di lokasi ini meningkat secara beransur-ansur
secara berperingkat- peringkat sepanjang tempoh 100 tahun, kebanyakan
pencairan salji menjadi bertambah buruk berlaku sejak pertengahan
abad ke-20," katanya. Penyelidikan yang diterbitkan dalam
jurnal Nature Geoscience, adalah penstrukturan semula kedua ais yang
mencair pada masa lampau di benua Antartika.
Abram berkata, ia membantu saintis mendapatkan ramalan lebih tepat
tentang sumbangan langsung dan tidak langsung rak dan glasier Antartika kepada
paras air laut global. "Ini bermakna bahawa semenanjung Antartika telah menjadi
semakin panas yang mana hanya dengan peningkatan kecil dalam suhu
sekarang boleh membawa kepada peningkatan besar dalam mencairkan ais
musim panas," katanya. "Ini mempunyai implikasi yang penting bagi
ketidakstabilan ais dan peningkatan paras air laut dalam pemanasan
iklim," katanya. Robert Mulvaney, dari British Antarctic Survey, mengetuai
ekspedisi menggerudi teras ais dan merupakan pengarang bersama kajian
tersebut.
"Mempunyai catatan pencairan ais sebelumnya bagi semenanjung Antartika
adalah sangat penting kerana kita sekarang sedang melihat pengecutan
glasier dan kehilangan rak ais di kawasan itu," katanya. "Pencairan ais
musim panas adalah proses utama yang dianggap sebagai punca
melemahkan rak ais di sepanjang semenanjung Antaratika membawa
kepada runtuhan yang dramatik, serta mempercepatkan kahilangan ais
grasier di seluruh wilayah itu dalam tempoh 50 tahun.
KALAU DULU TIMBUL PERSOALAN DAPATKAH MANUSIA BERTAHAN DENGAN BENCANA ALAM, HARI INI PERSOALANNYA DAPATKAH ALAM BERTAHAN DENGAN SIKAP MANUSIA ?